Thursday, September 11, 2008

Seorang Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah

“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,

maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!

tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

Islam

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat

malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara

Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu

yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, September 4, 2008

Peringatan Tulang Busuk

Ketika menjadi Gabenor Mesir, Amru bin Al Ash menduduki sebuah istana yang besar. Di hadapangnya terhampar sebidang tanah yang cantik tetapi dicacatkan oleh sebuah pondok seorang Yahudi yang terlalu buruk.
Amru tidak sedap hati melihat pemandangan yang begitu rupa. Alangkah baiknya jika di hadapan istananya itu dibina sebuah masjid.
Dan Amru, tanpa bertangguh lagi meminta Yahudi itu datang menghadapnya.
"Saya mahu membeli tanah tuan," kata Amru Al Ash.
"Saya tidak mahu menjualnya."
"Saya bayar tiga kali ganda daripada harga biasa,"balas Amru.
"Walau berapa pun tuan tawarkan,saya tetap tidak akan jualkan."
"Tuan akan menyesal nanti," kata Amru.
Keesokan harinya Amru sudah membuat keputusan untuk merobohkan pondok buruk itu. Yahudi itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menangis. Namun dia bertekad mahu membawa masalahnya kepada Khalifah.
Sampai di Madinah, dia berjumpa Khalifah Umar Al Khattab di halaman Masjid Nabawi di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.
"Ada masalah apa tuan datang ke mari?" tanya Sayidina Umar."Mesir terlalu jauh dari sini."
Yahudi itu pun menceritakan segala-galanya.Wajah Sayidina Umar berubah.
"Tidak sepatutnya dia berbuat begitu !" Lalu diambilnya sebatang tulang dari tempat sampah.
Di atas tulang itu diguris huruf alif dengan pedangnya. Di tengah-tengah huruf alif itu pula dipalangnya.
"Nah, ambil tulang ini dan serahkan kepada gabenorku."
"Dari jauh saya datang untuk menuntut keadilan tetapi tulang busuk ini yang tuan berikan. Adakah tuan mahu menghina saya ?"
"Wahai tuan yang saya hormati, pada tulang yang busuk itulah terletak keadilan yang tuan mahukan," balas Sayidina Umar. Yahudi itupun pulang.
Sungguh aneh, Amru kelihatan pucat dan menggigil tubuhnya apabila menerima tulang yang busuk itu. Dia segera memerintahkan supaya dirobohkan masjid yang baru itu dan dibina semula pondok Yahudi tersebut.
Tiba-tiba Yahudi tadi datang kepada Amru dengan tergesa-gesa.
"Ada apa-apa lagi tuan ?" tanya Amru lembut.
"Jangan dibongkar masjid ini. Beritahu saya mengapa tuan begitu takut apabila memandang tulang itu."
Amru menjelaskannya. "Sebenarnya tulang itu tulang biasa, malah baunya pun busuk. Tapi kerana dikirimkan oleh Khalifah, ia mengandungi peringatan yang tajam dan tegas.
"Maksud alif itu ialah : Ingatlah ! Betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu sekarang, suatu masa nanti kamu akan berubah menjadi tulang yang busuk juga. Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif, adil di bawah dan adil di atas. Andainya engkau tidak bertindak lurus, akan kutebas lehermu."
Yahudi tersebut terharu. Dia lantas mengisytiharkan tanahnya diwakafkan. Dirinya juga Islam akhirnya.