Assalamualaikum,
7/08/08 - Datuk Seri Anwar telah dibicara atas tuduhan liwat oleh Saiful. Beliau tidak mengaku bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin RM20k.
Berapa lama lagi nak panjangkan proses tuduhan ini? Di mana buktinya ? Kalau ikut agama jika tidak ada saksi, maka tidak ada kes. Bagaimana dengan lapuran doktor ? Kenapa tidak dibicara di mahkamah Syariah?
Sama-samalah kita berdoa supaya yang menganiaya terima balasannya.
A person is innocent until proven guilty.
Semasa debat harga minyak yang telah disiarkan di TV, saya ucapkan syabas kepada Datuk Seri Anwar yang telah membentangkan ulasan beliau dengan baik,teratur dan berfakta. Tidak seperti pendebat yang lagi satu, yang hanya tahu membidas Datuk Seri Anwar tanpa betul-betul menjawab soalan panel.
Datuk Seri membuktikan bahwa beliau dapat berucap dan berulas dengan baik dan lancar, profesional sambil menunjukkan integriti yang baik.
Al-hamdulillah, tidak sia-sia pendidikan dan pengalaman yang ditimba beliau serta kesusahan dan penganiayaan yang telah dihadapi dengan tabah oleh beliau selama ini.
( I hope I can be as tough and as noble as you )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment