Monday, August 11, 2008

Riba Tamaddun Baru

Assalamualaikum,

" Tamak dan angan2 sentiasa mengikuti manusia sehingga ke kubur"

Tabiat/naluri (human nature) setiap manusia sentiasa inginkan aset atau harta seperti kereta, rumah, tanah dan bisnes sendiri. Tetapi awas dan beringatlah saudara/saudari, jangan sampai biarkan ia menjerut leher sendiri. Allah melaknat orang yang melakukan riba, menulis kontrak riba dan yang berkaitan dengannya.

Sebab utama adalah kerana ia menghancurkan hidup dan jiwa dengan interest-nya yang begitu tinggi di mana sehingga kita mati pun masih belum selesai dan anak-anak pula terpaksa menyambung membayarnya. Hati kita akan sentiasa tidak tenang atau tenteram kerana sibuk memikirkan cara untuk membayarnya dan juga akan sibuk bekerja untuk mencari wang lebih sehingga mengabaikan solat dan tanggungjawab kepada agama dan sosial.

Institusi kewangan yamg mengamalkan sistem riba moden ini akan merampas rumah dan harta benda kita yana lain jika kita gagal membuat bayaran pada masa yang ditetapkan walaupun kita telah membuat bayaran yang banyak tetapi kerana interest-nya yang tinggi, aset itu belum menjadi hak kita selagi dibayar penuh. Tidak ada belas kasihan akan dilayan walaupun pada masa itu kita kehilangan sumber rezki atau jatuh sakit. Segala penat lelah bekerja dan wang yang dikumpulkan akan hilang sekelip mata tanpa disedari.

Janganlah pandang pada mereka yang mempunyai aset yang banyak seperti rumah, kereta dan lain2. Itu hanyalah godaan dan permainan dunia dan syaitan yang dilaknat Allah untuk mengaburi mata dan hati kita. Pandanglah pada orang yang lebih susah dari kita dan ambillah iktibar dan berkat dari situ.

Ingatlah ! Dunia ini akan hancur bila2 masa sahaja tanpa kita sedari. Bencana seperti tsunami, gempabumi, banjir, ribut hanya menunggu masa untuk melakukan kesannya dan yang tinggal hanyalah amalan kita kepada Allah swt.

Konspirasi manusia tidak ada penghujungnya. Segala macam penipuan dan penindasan wujud di dalam aktiviti dan bisnes seperti iklan, kontrak bisnes, marketing, produk serta banyak lagi. Oleh itu awaslah ! Janganlah sehingga sehelai pinggang tinggal kerana terpedaya dengan kecanggihan iklan atau strategi marketing mereka.

Berbincanglah dengan sahabat2 yang bersih hatinya dan fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat impulse buying.

Setahu saya ....

Allah-yarham Ed Osmera - seorang pelakon yang dianugerahkan Tuhan suara yang lunak dan sedap didengar. Tidak pernah berkahwin, mengabdikan diri kepada agama dan seorang yang tidak mencetuskan kontroversi. Di dalam rumah beliau, dibina oleh beliau batu nesan di satu sudut rumah untuk mengingatkan beliau tentang kematian. ' Mereka yang bijak adalah mereka yang membuat persiapan atau menyediakan bekalan untuk mati '.

No comments: