
Assalamualaikum,
Solat: adakah ia ringan atau berat? Kenapa kita cukup mudah mengambil ringan terhadapnya? Saya bukan maksudkan saudara dan saudari, saya sendiri beberapa kali memandang mudah dan ringan terhadapnya. Kadang2 sampai terlepas waktu kerana melebihkan kerja atau perkara lain. Dimanakah priority kita? Apakah kita menganggap Allah akan memaafkan kita di atas kesibukan kita ?(kita yang kategorikan ia sebagai sibuk ! Bukan Allah).
Oh, takpa, meeting lebih penting; TV lebih bagus dari solat (cerita best); makan lama dari solat takpa; alamak!nak habis waktu solatlah tapi makan tak lupa; main golf kan bagus untuk kesihatan dan sosial; bersembang dengan kawan kan baik; oh, belum sampai seru; yang penting hati baik; sekali-sekala tak pergi solat Jumaat takpa; penatlah, kerja banyak; nak layan tetamu VIP (very important pig); nanti tak sempat tengok concert dan bermacam-macam lagi.
Saya amat menyesal di atas perbuatan saya yang lampau. Jika saudara atau saudari pun begitu, bukalah lembaran baru, tingkatkan semangat untuk jangan tinggalkan solat serta memperbaiki khusyuk dan tawaduk dalam solat.
#Itupun Rasulullah saw telah memohon kpd Allah swt untuk mengurangkan solat dari 50 kali
sehari ke 5 kali sehari (Israq dan Mikraj)

No comments:
Post a Comment