Monday, August 11, 2008

Mengingati Mereka Yang Telah Pergi

Salah satu iktibar dan proses mahasabah diri yang baik ialah melihat pada mereka yang telah pergi. Menziarahi kubur dan mengingati kembali jasa2 mereka.

Oh Tuhanku... ! KepadaMu ku mohon ampun doa restu lindungilah daku yang tidak berdaya di bumiMu ini....

Allah-yarham Cik Leh (Salleh) - bapa saudaraku. Adik kepada ayahku. Berumur 53 tahun semasa kembali ke rahmatullah. Seorang yang berbudi bahasa, simple hidupnya, tidak sombong dan ego, bermurah hati, peramah, disenangi oleh anak2 saudaranya, rajin melawat saudara mara, mengambil berat terhadap kebajikan dan peribadi anak2, tidak boros dan telah meninggalkan legasi yang dapat diteruskan oleh anak2nya Husaini, Zakiah dan Nur. Mereka telah dapat menjaga diri dan kebajikan emak mereka, Cik Yam dengan baik hasil dari legasi beliau.

Allah-yarham Mat Selek (2006)- bapa mertuaku. Seorang yang pandai berniaga (runcit, pokok getah, kelapa sawit, kerbau, buah-buahan), simple hidupnya, rajin melawat saudara mara, mengambil berat terhadap kebajikan anak2, meninggalkan legasi kepada anaknya Fader, tidak boros, tidak cerewet, selalu menasihati anak2 dan senang diajak berbual.

No comments: