Wednesday, August 13, 2008

Masyhur Di Dunia Lebih Penting Dari Segala-galanya

Assalamualaikum,

Kadang2 saya terfikir lebih baik saya berasal dari orang yang tidak beragama Islam dan mengenali serta menganuti Islam pada kemudian hari (a convert) kerana dengan itu saya akan lebih insaf, mengsyukuri dan peka kepada kewujudan Tuhan dan alam.

Seperti juga insan yang kaya dan berharta susah memahami insan yang miskin dan fakir melainkan dia sendiri asalnya dalam situasi yang sama; insan yang sihat sukar memahami insan yang sedang kesakitan; insan yang berpelajaran susah memahami insan yang tidak berpeluang untuk berpendidikan dengan baik; insan yang memegang pangkat atau jawatan yang tinggi sukar memahami situasi insan yang berpangkat rendah; insan yang tinggal di dalam rumah yang besar dan indah susah memahami mereka yang tidak berumah dan lain2 lagi.

Manusia sebenarnya takut dan malu untuk hidup miskin, tanpa pangkat yang tinggi, tanpa harta yang banyak, tanpa rumah dan kereta yang cantik, tanpa ada tulisan profesor atau jurutera profesional tertera di bisnes kad dan tanpa mendapat kepujian oleh orang lain.

Paradigm atau cara berfikir ini akan memusnahkan jiwa manusia sedikit demi sedikit sehingga melarat ke dalam model peribadi yang divisikan asalnya sebagai seorang yang baik, mulia dan zuhud. Ini akan melarat juga ke anak2 kita dan generasi seterusnya sehingga tidak ada lagi sifat belas kasihan ke atas insan yang lain.

Lihatlah sejarah dan situasi masa sekarang, sebuah negara yang maju, berteknologi tinggi dan berpendidikan sanggup berperang dan membunuh beribu2 manusia yang tidak berdosa semata2 untuk merebutkan kawasan atau tanah.

Contoh kezaliman manusia :
- Rusia menyerang Georgia
- Amerika menyerang Iraq
- Peperangan di Bosnia
- Amerika menyerang Vietnam





No comments: